Tuesday 4 March 2014

Week 3


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. Haii semua!!!
Ok for this week kelas seperti biasa. Start by 4 pm. Masuk2 aje Proff Jamal dah masuk.. Again.. im late.. sorry Prof.. So, untuk permulaan kelas, prof menerangkan mengenai tugas- tugas  setiap ahli kumpulan dalam membangunkan sesebuah sistem, website atau multimedia. Mereka haruslah mempunyai kepakaran yang berbeza dalam bidang masing- masing. Contohnya seorang content designer hendaklah memiliki skill atau kemahiran tertentu dalam mereka letak isi kandungan yang sepatutnya, atau tugasnya sebagai subject matter expert yang perlu mengetahui perjalanan isi penceritaan sesebuah multimedia tersebut. Selain itu, antara team member yang wajib ada dalam multimedia team  ini adalah multimedia programmer yang bertanggungjawab membangunkan web site tersebut mengikut content yang telah ditetapkan tadi.

Selain itu, terdapat beberapa model dalam instructional design model yang biasa digunakan dalam proses membangunkan multimedia. Antara model yang biasa digunakan adalah ADDIE model, ASSURE model, Hannafin & Peck model, Dick & Carey model, Waterfall model.

Prof Jamal juga menerangkan beberapa keperluan perisian yang boleh digunakan dalam pembangunan multimedia project. Antara perisian / software yang boleh digunakan adalah sepertiMicrosoft Power Point, Adobe Authorware, Flash, Visual Basic, C++, Java dan banyak lagi. Ini termasuk dalam penghasilan grafik, animasi, video dan sebagainya. Dengan adanya software ini dapat membantu ahli kumpulan menghasilkan multimedia yang berkualiti, serta bersifat interaktif.

Saya juga mendapat lebih maklumat berkaitan kepentingan multimedia untuk diapproach dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dimana ianya banyak memberi manfaat dlm menyampaikan penerangan yang jelas kepada pelajar.

Diakhir kuliyah, kami diberi peluang untuk membuat presentation tentang tugasan yang diberi pada minggu lepas yang mana kumpulan saya bersama kak Nursakinah memilih Medium sosial sebagai Educational Multimedia yang berkesan untuk digunapakai dalam kelas masa kini.

Dibawah adalah maklumat yang kami perolehi :)